Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S$300 juta diperuntukkan pacu ekonomi digital Singapura

Pemerintah Singapura akan memperuntukkan lagi S$300 juta bagi memacu inovasi dalam usaha ke arah ekonomi digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2019 11:58PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 12:19AM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura akan memperuntukkan lagi S$300 juta bagi memacu inovasi dalam usaha ke arah ekonomi digital.

Jumlah tersebut adalah tambahan kepada $360 juta yang sudah diperuntukkan di bawah Pelan Kajian, Inovasi dan keusahawanan, RIE2020.

Bercakap di Parlimen hari ini (4 Mac), Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran mengatakan bahawa Singapura akan melancarkan rangkaian telefon bimbit 5G menjelang tahun depan.

Dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan pertama beliau sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran juga membentangkan rancangan untuk membina ekonomi digital yang maju bagi negara Singapura.

Visi MCI, menurut beliau, adalah untuk memastikan setiap perniagaan, pekerja dan rakyat mempunyai kemahiran dan akses digital yang penting.

Sebagai contoh, sepertiga tenaga kerja teknologi infokom negara sudah terlatih di bawah TechSkills Accelerator.

Bagi membantu industri-industri untuk berinovasi dan kekal berdaya saing, S$300 juta akan diperuntukkan bagi bidang perkhidmatan dan ekonomi digital di bawah fasa RIE 2020 seterusnya.

Mempunyai prasarana yang betul juga adalah penting, lantaran itu, Singapura akan melancarkan rangkaian 5G pada tahun depan untuk kekal berdaya saing dalam ehwal keterhubungan.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan melancarkan sesi konsultasi awam untuk mengumpulkan maklum balas supaya Singapura boleh membangunkan rangka kerja kawal selia dan dasar-dasar yang betul bagi 5G, termasuk peruntukan spektrum.

Encik S Iswaran menambah bahawa setiap orang perlu bertanggungjawab atas pembelajaran dan perubahan digital kerana ia bukanlah satu tugas yang mudah dan juga bukan tanggungjawab pemerintah sepenuhnya.

Sumber : CNA/IL/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan