Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rugi AS$4 bilion jika batal musim bola sepak Eropah angkara COVID-19

Lima liga bola sepak utama di Eropah mungkin mengalami kerugian AS$4.33 bilion (S$6.2 bilion) dari segi gabungan hasil pendapatan jika pandemik COVID-19 menjejas baki musim ini, menurut tinjauan yang dijalankan oleh KPMG.

Anggaran Waktu Membaca:
Rugi AS$4 bilion jika batal musim bola sepak Eropah angkara COVID-19

Liverpool meraikan kemenangan setelah menumpaskan pesaing Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA di Madrid pada dinihari 2 Jun. (Gambar: Ben STANSALL/AFP)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 10:58AM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 11:15AM

PARIS: Lima liga bola sepak utama di Eropah mungkin mengalami kerugian AS$4.33 bilion (S$6.2 bilion) dari segi gabungan hasil pendapatan jika pandemik COVID-19 menjejas baki musim ini, menurut tinjauan yang dijalankan oleh KPMG.

Firma perakaunan tersebut, yang merupakan antara yang paling besar di dunia, meramalkan hasil pendapatan daripada siaran langsung dan pendapatan komersil yang dijana oleh perlawanan-perlawanan bola sepak Liga Perdana England, La Liga, Bundesliga di Jerman serta Seria A Itali dan Ligue 1 di Perancis mungkin bernilai antara 3.45 hingga 4 bilion euro (S$5.4 bilion - $6.3 bilion) bagi kelima-lima liga utama Eropah itu.

KPMG turut menganggarkan Liga Perdana England adalah yang paling teruk terjejas dan dijangka mengalami kerugian sehingga 1.25 bilion euro (S$1.9 bilion) jika bola sepak musim ini dihentikan, dengan 800 juta euro (S$1.2 bilion) daripada hasil penyiaran diramal hangus.

"Para penyiar yang memeterai perjanjian dengan kelima-lima liga ini mungkin mahukan wang mereka dikembalikan jika perlawanan-perlawanan dibatalkan dan musim sekarang ini tidak dapat ditamatkan dengan sewajarnya," menurut laporan tersebut.

Kelima-lima liga bola sepak itu sangat bergantung kepada tajaan televisyen untuk menjana pendapatan.

Liga-liga bola sepak di merata Eropah terpaksa digantung disebabkan oleh COVID-19 yang sudah meragut nyawa beribu-ribu orang sejauh ini dan virus yang boleh membawa maut itu kini berpusat di Eropah setelah pertama kali dikesan di China pada Disember lalu.

UEFA kini sedang berusaha untuk menamatkan semua perlawanan bola sepak musim ini sebelum 30 Jun namun tarikh tersebut mungkin perlu disemak jika virus berkenaan terus menular di benua itu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan