Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rolls-Royce labur S$88 juta; kerjasama dengan NTU dilanjutkan 5 tahun

Sebanyak S$88 juta akan diperuntukkan untuk membangunkan kejuruteraan pesawat generasi seterusnya. Ini menyusuli lanjutan selama lima tahun lagi bagi kerjasama kajian makmal korporat antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan Rolls-Royce.

Anggaran Waktu Membaca:
Rolls-Royce labur S$88 juta; kerjasama dengan NTU dilanjutkan 5 tahun

Pelancaran Fasa 2 Rolls-Royce@NTU Corporate Lab

Diterbitkan : 18 Jul 2019 08:25PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 08:49PM

SINGAPURA: Sebanyak S$88 juta akan diperuntukkan untuk membangunkan kejuruteraan pesawat generasi seterusnya.

Ini menyusuli lanjutan selama lima tahun lagi bagi kerjasama kajian makmal korporat antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan Rolls-Royce.

Fasa seterusnya akan meninjau pembangunan perjalanan udara yang lebih selamat, berkesan dan mampan.

Separuh projek fasa kedua penyelidikan itu akan meliputi perihal bagaimana hendak membangunkan pesawat hibrid-elektrik.

Rolls-Royce berharap dapat melakukannya melalui ujian-ujian kelajuan dalam tempoh setahun dan menyatakan teknologi berkenaan boleh dilaksanakan dalam tempoh lapan hingga 10 tahun akan datang.

Antara manfaatnya adalah keberkesanan enjin meningkat sehingga 30 peratus sekaligus membantu mengurangkan pengeluaran asap karbon semasa perjalanan.

Lagi separuh projek penyelidikan pula akan memberikan tumpuan kepada bagaimana perlaksanaan industri 4.0 boleh memperbaiki prestasi pesawat dan bagaimana apa yang dibangunkan di sini boleh memberi kesan terhadap industri-industri lain.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata beliau berbesar hati dapat melihat pelaburan R&D masih kukuh meskipun terdapat ketidaktentuan dalam ekonomi.

"Lebih banyak syarikat kini menggunakan inovasi sumber terbuka (open source) dan bekerja dengan para penyelidik terbaik di dunia dan tidak bergantung kepada penyelidikan sendiri saja," kata Encik Heng yang juga merupakan Menteri Kewangan.

"Para akademik sekarang juga lebih berminat untuk bekerjasama dengan industri. Ini membawa kepada penyelidikan asas yang lebih baik dan pantas terhadap huraian inovasi."

Rolls-Royce@NTU adalah makmal korporat pertama di sini.

Pada lima tahun pertama, lebih 10 teknologi dibangunkan para penyelidik yang sudah diamalkan dalam industri dan akan dieksport ke hab-hab Rolls-Royce lain dan hab-hab merata dunia.

Fasa kedua pelaburan ini adalah lebih besar berbanding fasa pertama kerjasama tersebut iaitu sebanyak S$75 juta.

Rolls-Royce menyatakan pelaburan tersebut adalah yang terbesar bagi kerjasamanya dengan universiti.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan