Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rizab antarabangsa Bank Negara M'sia naik kepada AS$102.6 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$102.6 bilion (S$138.7 bilion) pada 15 Mac 2019 daripada AS$102.4 bilion (S$138.4 bilion) pada 28 Februari 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Rizab antarabangsa Bank Negara M'sia naik kepada AS$102.6 bilion

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 06:01PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 06:04PM

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$102.6 bilion (S$138.7 bilion) pada 15 Mac 2019 daripada AS$102.4 bilion (S$138.4 bilion) pada 28 Februari 2019.

Bank pusat itu menyatakan paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (22 Mac), BNM menyatakan komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Mac 2019 terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion (S$130.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta atau S$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion atau S$1.5 bilion), emas (AS$1.6 bilion atau S$2.2 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$2.3 bilion atau S$3.1 bilion).

Menurutnya, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR sebanyak RM424.44 bilion (S$141.2 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM2.5 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM965.8 juta atau S$321.4 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.3 bilion atau S$2.4 bilion), tanah dan bangunan (RM4.2 bilion atau S$1.4 bilion), dan aset-aset lain (RM16.6 bilion atau S$5.5 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta atau S$33.3 juta), rizab (RM136.8 bilion atau S$45.5 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.04 bilion S$35.6 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.95 bilion atau S$52.9 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.28 bilion atau S$6.4 bilion atau S$419.3 juta), deposit-deposit lain (RM1.3 bilion atau S$419.2 juta), kertas Bank Negara (RM23.3 bilion atau S$7.9 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion atau S$2.6 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.55 bilion atau S$515.8 juta).

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan