Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rizab antarabangsa Bank Negara M'sia berjumlah AS$110 bilion pada 13 Apr

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110 bilion (S$145 bilion) pada 13 April, 2018 berbanding AS$107.8 bilion (S$142 bilion) pada 30 Mac 2018. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rizab antarabangsa Bank Negara M'sia berjumlah AS$110 bilion pada 13 Apr

Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 07:24PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 07:40PM

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110 bilion (S$145 bilion) pada 13 April, 2018 berbanding AS$107.8 bilion (S$142 bilion) pada 30 Mac 2018. 

Dalam kenyataan hari ini (20 Apr), bank pusat berkenaan menyatakan, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$103.2 bilion)(S$136 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion)(S$1.05 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion)(S$1.6 bilion), emas (AS$1.6 bilion)(S$2.1 bilion) dan aset rizab lain(AS$3.2 billion)(S$4.2 bilion).

Menurut BNM, aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.00 bilion)(S$143 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.99 bilion)(S$1.35 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.06 bilion)(S$1.37 bilion).

Pinjaman dan pendahuluan pula bernilai RM7.38 bilion (S$2.49 bilion), tanah dan bangunan sebanyak RM4.17 bilion (S$1.41 bilion), dan aset lain berjumlah RM8.26 bilion (S$2.79 bilion).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan