Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit cecah 2.97 berbanding SGD dalam dagangan hari ini

Mata wang ringgit mengukuh dan pada satu ketika mencecah paras 2.97 bagi setiap dolar Singapura dalam dagangan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit cecah 2.97 berbanding SGD dalam dagangan hari ini
Diterbitkan : 22 Jan 2018 07:16PM Dikemas Kini : 22 Jan 2018 07:23PM

SINGAPURA: Mata wang ringgit mengukuh dan pada satu ketika mencecah paras 2.97 bagi setiap dolar Singapura dalam dagangan hari ini (22 Jan).

Ia bagaimanapun ditutup pada paras 2.98 berbanding SGD apabila sesi ditutup petang tadi.

Ini merupakan kedudukan ringgit yang paling kukuh berbanding mata wang negara jirannya itu sejak Ogos 2016.

Ringgit juga ditutup sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, didorong oleh harga minyak yang lebih kukuh.

Pada 6.00 petang tadi, ringgit ditutup pada paras 3.933 bagi setiap dolar AS.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata "harga minyak lebih tinggi boleh menyaksikan ringgit naik ke paras 3.92 berbanding dolar AS".

HSBC pula menyatakan, ia meramalkan bahawa ringgit akan terus menjulang dan akan berada di antara paras 3.8-3.9 tahun ini.

Mentelah lagi, ia percaya bahawa Malaysia akan menjadi negara ketiga paling pesat berkembang dalam ASEAN selepas Filipina dan Vietnam.

Sumber : BERITA Mediacorp/Bernama/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan