Restoran A&W sah terima sijil halal, bakal buka cawangan ke-3 di Sembawang
Restoran makanan segera A&W sah menerima sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (10 Nov).
SINGAPURA: Restoran makanan segera A&W sah menerima sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (10 Nov).
Demikian dedah syarikat itu kepada BERITAmediacorp hari ini.
BERITAmediacorp turut diundang secara eksklusif untuk menyaksikan sijil dan pelekat logo halal dipasang di cawangan A&W di Jewel Lapangan Terbang Changi pada jam 2.30 petang tadi.
Sejak cawangan pertama di Jewel dibuka pada April 2019, status halal restoran itu kerap menjadi pertanyaan, khususnya dalam kalangan pelanggan dan penggemar Melayu/Islam setempat.
Ini memandangkan A&W pernah dibuka di Singapura sejak tahun 1966 dan menjadi restoran makanan segera yang pertama di negara ini diiktiraf halal oleh MUIS, iaitu pada 1992.
Namun, A&W gulung tikar pada tahun 2003 disebabkan persaingan sengit daripada rangkaian restoran makanan segera lain di sini.
Sejak kembali ke Singapura tahun lalu, A&W kini mempunyai dua cawangan - satu lagi di Hab AMK dan bakal membuka cawangan ketiga di Canberra Plaza, Sembawang dalam bulan Disember tahun ini.
“Kami gembira untuk menerima sijil halal daripada MUIS bagi cawangan A&W di Jewel Lapangan Terbang Changi dan Hab AMK dan mengucapkan terima kasih kepada MUIS serta syarikat perunding HalalHub Consultants atas garis panduan dan sokongan mereka dalam perjalanan mendapatkan sijil ini,” menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan A&W, Sally See.
Laporan lanjut di sini:
Restoran A&W rancang buka 2 atau 3 lagi cawangan baru di S'pura pada 2021
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.