Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Resort Bersepadu bayar 'nilai pasaran wajar' bagi tanah untuk peluasan: Chee Hong Tat

Pengendali dua resort bersepadu (IR), yang merancang meluaskan operasi mereka di Singapura, perlu membayar "nilai pasaran wajar" bagi tanah yang dingin dibelinya seperti ditentukan ketua pentaksir

Anggaran Waktu Membaca:
Resort Bersepadu bayar 'nilai pasaran wajar' bagi tanah untuk peluasan: Chee Hong Tat

Menteri Negara Kanan Chee Hong Tat semasa berucap di Parlimen pada 6 Mei 2019.

Diterbitkan : 06 May 2019 11:27PM Dikemas Kini : 06 May 2019 11:34PM

SINGAPURA: Pengendali dua resort bersepadu (IR), yang merancang meluaskan operasi mereka di Singapura, perlu membayar "nilai pasaran wajar" bagi tanah yang dingin dibelinya seperti ditentukan ketua pentaksir, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat pada Isnin (6 Mei).

Encik Chee menjawab pertanyaan dari para Anggota Parlimen (AP) mengenai rancangan peluasan Marina Bay Sands (MBS) dan Resorts World Sentosa (RWS) bernilai S$9 bilion.

AP GRC Ang Mo Kio Gan Thiam Poh ingin tahu bagaimana Pemerintah memastikan penjualan tanah pada kos yang "wajar" meskipun tender awam tidak dikeluarkan. AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Daniel Goh pula bertanya bayaran yang perlu dibuat oleh pengendali IR bagi tanah yang diperlukan di bawah pelaburan yang dicadangkan, dan juga kos tanah tambahan bagi peluasan kawasan kasino.

Dalam jawapannya, Encik Chee berkata, Pemerintah terbuka kepada dasar memperuntukan tanah kepada pelabur secara langsung apabila terdapat pelaburan yang cukup banyak untuk mendatangkan manfaat kepada ekonomi dan pekerja Singapura.

Ia merupakan "dasar sekian lama yang telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing dalam pelbagai industri," tambah Encik Chee.

Bagi kes kedua-dua IR tersebut, pelaburan yang dicadangkan bernilai S$9 bilion dan akan menambah daya tarikan dan pengalaman taraf dunia bagi para pelancong dan penduduk tempatan.

Peluasan IR itu dijangka akan menarik 500,000 lagi pengunjung dari luar negara setiap tahun, menyumbang S$500 juta setiap tahun kepada ekonomi Singapura, mewujudkan 5,000 pekerjaan baru dan meluaskan peluang bagi syarikat-syarikat tempatan. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan