Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Red Dot Power undur dari pasaran elektrik runcit selepas 'tempoh kewangan mencabar'

Syarikat pembekal tenaga Red Dot Power memutuskan untuk berhenti menyediakan khidmat elektrik runcit dan akan mengundurkan diri daripada pasaran itu, berkuat kuasa Jumaat (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Red Dot Power undur dari pasaran elektrik runcit selepas 'tempoh kewangan mencabar'

(Gambar: Red Dot Power/Facebook)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 11:33PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 11:36PM

SINGAPURA: Syarikat pembekal tenaga Red Dot Power memutuskan untuk berhenti menyediakan khidmat elektrik runcit dan akan mengundurkan diri daripada pasaran itu, berkuat kuasa Jumaat (4 Jan).

Notis yang diterbitkan dalam lamannya bertarikh 3 Januari memberi sebab cabaran kewangan di sebalik keputusan itu.

"Ia tempoh yang sangat mencabar dari segi kewangan bagi Red Dot Power dan kami sudah memutuskan untuk berhenti menyediakan khidmat bekalan elektrik runcit kepada semua pelanggan kami," menurut notis itu.

Akaun-akaun pelanggan akan dikekalkan di bawah Red Dot sehingga Ahad (6 Jan) dan ia kemudian akan diserahkan kepada SP Group pada keesokan harinya "tanpa sebarang gangguan pada bekalan elektrik", menurut syarikat tersbeut.

Red Dot adalah salah satu peruncit yang menyertai pelancaran pertama Pasaran Elektrik Terbuka pada April lalu, yang bertujuan membuka pasaran bekalan tenaga kepada pesaing.

Red Dot adalah antara salah satu peruncit yang tidak memilih untuk menyertai pelancaran seluruh negara pada November lalu. Inisiatif itu dilaksanakan di Singapura secara bertahap-tahap.

Menyusuli keputusannya itu, masih terdapat lebih 10 peruncit elektrik di Singapura. Para pelanggan yang ingin menukar kepada peruncit yang lain boleh melakukan demikian setelah akaun mereka dipindahkan kepada SP Group, menurut Red Dot.

Para pelanggan tidak dikehendaki membayar sebarang bayaran pemberhentian awal kontrak kepada Red Dot. Wang cengkeram juga akan diuruskan oleh SP Group selepas pemindahan akaun tersebut.

Red Dot menyatakan bahawa syarikat itu sedang bekerjasama dengan Penguasa Pasaran Tenaga dan SP Group untuk memastikan agar pemindahan itu berjalan lancar.

Red Dot turut menyatakan bahawa ia akan terus mengendalikan segmen-segmen perniagaan lain seperti tenaga suria, penyimpanan bateri dan stesen mengecas kenderaan elektrik. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan