Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Razer Fintech mohon lesen bank digital di S'pura

Sebuah lagi syarikat dijangka merancakkan lagi sektor kewangan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Razer Fintech mohon lesen bank digital di S'pura

(Gambar: Reuters/Bobby Yip)

Diterbitkan : 02 Jan 2020 07:59PM Dikemas Kini : 02 Jan 2020 08:05PM

SINGAPURA: Sebuah lagi syarikat dijangka merancakkan lagi sektor kewangan Singapura.

Razer Fintech - sayap teknologi jenama gaya hidup Razer - memimpin sebuah konsortium syarikat untuk memohon lesen bank digital di Singapura.

Razer Fintech memegang 60% saham konsortium tersebut dan rakan-rakannya termasuk syarikat insurans FWD dan Sheng Siong Holdings.

Mereka menyasarkan golongan belia dan millennial serta merancang membina bank global belia pertama dengan ibu pejabatnya dibuka di Singapura.

Pakar-pakar berkata fokus pada pasaran millennial akan membantu mereka meraih kelebihan strategik dengan menggunakan maklumat terkini untuk merebut peluang dalam pasaran.  

Sumber : CNA/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan