Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Razer beli platform e-dagang MOL bernilai S$81 juta

Syarikat peralatan permainan elektronik, Razer, merancang untuk memperolehi sepenuhnya platform e-bayaran MOL.

Anggaran Waktu Membaca:
Razer beli platform e-dagang MOL bernilai S$81 juta

CEO Razer, Tan Min-Liang. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2018 11:19AM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 11:23AM

SINGAPURA: Syarikat peralatan permainan elektronik, Razer, merancang untuk memperolehi sepenuhnya platform e-bayaran MOL.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Isnin lalu (23 Apr), Razer yang kini memegang 34.9 peratus saham MOL, merancang untuk membeli baki 65.1 peratus pada harga sekitar AS$61 juta (S$81 juta).

Dengan pemerolehan yang diusulkan, ini bermakna MOL Global akan menjadi anak syarikat milik Razer sepenuhnya.

Perjanjian tersebut tertakluk kepada kelulusan pemegang saham MOL Global sungguhpun Razer menyatakan ia sudah mendapatkan sokongan mereka.

Ini selepas Razer mengumumkan pada awal bulan ini bahawa ia akan melancarkan platform peralatan permainan digitalnya di Asia Tenggara, bermula dengan Singapura.

Kedai Permainan Razer akan ditempatkan di platform e-dagang Lazada. Ia kemudian akan diperkenalkan di negara-negara lain di rantau ini termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

MOL menguruskan bayaran bernilai lebih AS$1.1 bilion (S$1.4 bilion) melalui rangkaian e-bayarannya tahun lalu.

Langkah terkini Razer untuk terus menggalak e-bayaran diumumkan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Razer, Encik Tan Min-Liang membuat tawaran kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk melancarkan sistem e-bayaran bersepadu bagi Singapura. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan