Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Razer akan hasilkan pelitup di S'pura bagi tangani kekurangan bekalan

Syarikat permainan elektronik setempat Razer hari ini (1 Apr) mengumumkan rancangannya untuk membangunkan sebuah operasi pengilangan pelitup dalam tempoh 30 hari untuk menghasilkan "dua juta pelitup" setiap bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Razer akan hasilkan pelitup di S'pura bagi tangani kekurangan bekalan

(Gambar: Reuters/Bobby Yip)

Diterbitkan : 01 Apr 2020 05:13PM Dikemas Kini : 01 Apr 2020 05:18PM

SINGAPURA: Syarikat permainan elektronik setempat Razer hari ini (1 Apr) mengumumkan rancangannya untuk membangunkan sebuah operasi pengilangan pelitup dalam tempoh 30 hari untuk menghasilkan "dua juta pelitup" setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Razer Tan Min-Liang mengumumkan rancangan itu menerusi catatan Facebook pada sekitar pukul 9 pagi tadi (1 Apr), sambil menggesa rakyat Singapura atau syarikat-syarikat tempatan supaya membeli hasil pengeluaranpertama pelitup berjumlah AS$50,000 (S$71,600).

Beliau memuat naik satu lagi catatan empat jam kemudian, dengan berkata bahawa tiga syarikat - Frasers Property, JustCo dan PBA Group, masing-masing bersetuju untuk mengikrarkan AS$50,000 (S$71,600) untuk membeli pelitup syarikat tersebut.

"Begitu hebat sekali untuk melihat rakyat Singapura tampil ke hadapan dan menyokong usaha kami," tulis Encik Tan.

"Kini saya hanya perlu fikirkan bagaimana untuk memulakan projek itu penghasilan itu," tambah beliau.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan Razer hari ini, syarikat itu menyatakanrancangan asalnya ialah untuk mengubah operasi pengilangannya di China untuk menghasilkan dan menderma pelitup bagi keperluan segera, dengan penghantaran pertama dijangka dibuat pada awal minggu ini.

Namun, syarikat itu "menerima timbunan permintaan akibat kekurangan pelitup dan PPEs", terutama sekali di Asia Tenggara dan memutuskan untuk membangunkan operasi pengilangan di Singapura.

"Kebanyakan daripada pelitup yang dijual di pasaran tidak dihasilkan dengan betul, tidak memenuhi piawai pensijilan dan memberi sedikit atau tiada perlindungan kepada pengguna," menurut Razer dalam kenyataannya.

Syarikat itu menyatakan pelitup yang dihasilkan syarikat itu akan "mendapat pengesahan mengikut piawai Singapura dan antarabangsa" dan akan digunakan untuk membekalkan pelitup kepada pasaran tempatan dan serantau.

Seorang jurucakap Razer berkata pelitup yang dihasilkan itu adalah "pelitup biasa yang mempunyai tiga lapisan".

"Situasi virus COVID-19 memberi kesan besar di seluruh dunia," kata Encik Tan dalam kenyataan media tersebut.

"Kami di Razer faham bahawa kita semua harus memainkan peranan untuk melawan pandemik ini, tidak kira dari industri yang mana." 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan