Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rangkaian 5G S'pura harus lebih utuh bagi sokong ekonomi digital

Rangkaian 5G Singapura perlu lebih cekap untuk menyokong ekonomi digital negara, bukan setakat menawarkan kelajuan yang lebih pantas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:22PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 10:59PM

SINGAPURA: Rangkaian 5G Singapura perlu lebih cekap untuk menyokong ekonomi digital negara, bukan setakat menawarkan kelajuan yang lebih pantas.

Ketua Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata demikian di pembukaan ConnecTechAsia 2019, sebuah sidang digital yang merangkumi forum serta pameran teknologi.

Rangkaian 5G boleh menyediakan khidmat baru dan mempunyai keupayaan untuk menyokong banyak peralatan.

Sebagai contoh, bilik-bilik hotel di Korea Selatan dilengkapi dengan alat yang
menggunakan kecerdasan buatan, yang membolehkan penggunaan suara bagi mengawal peralatan seperti televisyen dan alat penghawa dingin.

Teknologi itu dihasilkan syarikat telekomunikasi Korea KT dan digunakan di lapan hotel merata Korea.

Sekurang-kurangnya dua rangkaian 5G akan dilaksanakan di Singapura pada tahun depan.

Konsultasi kedua IMDA mengenai rangkaian 5G akan ditutup pada Khamis (19 Jun). 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan