Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura 2019 diturunkan kepada 2.1%; perdagangan kekal risiko tinggi

Para ahli ekonomi menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2019 setelah suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan paling lembab dalam tempoh hampir sepuluh tahun. Demikian menurut tinjauan ekonomi terbaru oleh Penguasa Kewangan Singapura, MAS, pada Rabu (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2019 04:24PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 09:37PM

SINGAPURA: Para ahli ekonomi menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2019 setelah suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan paling lembab dalam tempoh hampir sepuluh tahun. Demikian menurut tinjauan ekonomi terbaru oleh Penguasa Kewangan Singapura, MAS, pada Rabu (12 Jun).

Tinjauan tersebut meramalkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun ini adalah 2.1 peratus, susut daripada unjuran sebelumnya iaitu 2.5 peratus.

Berdasarkan tinjauan itu, pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini berkemungkinan antara 2 hingga 2.4 peratus.

Awal dari itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menurunkan anggaran GDP tahun ini kepada antara 1.5 dengan 2.5 peratus.

Para ahli ekonomi juga menjangkakan ramalan median yang lebih rendah bagi hampir kesemua penunjuk utama makroekonomi.

Sektor pengilangan kini dijangka menguncup 0.2 peratus, penurunan mendadak berbanding pertumbuhan 2 peratus sebelumnya, manakala sektor kewangan pula diramalkan mencecah 3.8 peratus, merosot daripada 4.5 peratus.

Tinjauan tersebut juga kurang optimis bagi sektor perdagangan borong dan runcit - dari 1.5 peratus merosot ke -0.3 peratus - serta sektor-sektor penginapan dan perkhidmatan makanan - dari 2.4 peratus kepada 1.4 peratus.

Menurut tinjauan itu lagi, hanya sektor binaan dijangka meningkat - naik kepada 3.5 peratus berbanding 2.1 peratus sebelumnya.

Tinjauan suku terkini itu turut menunjukkan bahawa peningkatan pada perlindungan perdagangan global kekal sebagai risiko yang paling berpotensi menjejas perdagangan bagi 94.1 peratus daripada 22 responden.

Senario-senario kemerosotan lain termasuk ekonomi yang lembab di China seperti yang ditukil oleh 53 peratus responden. Ini di samping kemerosotan ekonomi sejagat yang dinyatakan oleh 29.4 peratus responden dalam tinjauan pada Jun berbanding dengan 5.3 peratus dalam tinjauan lalu.

Pada masa yang sama, 70.6 peratus responden mengundi untuk meredakan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China sebagai risiko tertinggi terhadap pemulangan pelaburan mereka - rendah sedikit berbanding 73.7 peratus pada tinjauan sebelumnya.

Bagi 2020, ramalan pertumbuhan GDP turun sedikit kepada 2.3 peratus berbanding ramalan tinjauan lalu iaitu sebanyak 2.4 peratus. Ahli-ahli ekonomi menganggarkan hasil pertumbuhan ekonomi adalah antara 2 hingga 2.4 peratus tahun depan, kekal tidak berubah daripada tinjauan sebelumnya.

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan