Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Qantas uji penerbangan komersil paling lama di dunia

Penerbangan langsung tanpa henti yang paling lama di dunia, selamat mendarat di Sydney, Australia pagi ini (20 Okt), 19 jam setelah ia berlepas dari New York.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2019 09:27PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 09:33PM

SYDNEY: Penerbangan langsung tanpa henti yang paling lama di dunia, selamat mendarat di Sydney, Australia pagi ini (20 Okt), 19 jam setelah ia berlepas dari New York.

Dengan kejayaan tersebut, Qantas kini mempertimbangkan sama ada akan mula menawarkan penerbangan langsung dari kedua-dua bandar itu, tidak lama lagi.

Bagi penerbangan pada Ahad, hanya 49 orang menaiki pesawat Qantas jenis Boeing 787-9 tersebut.

Ini bagi mengurangkan berat dan menjimatkan minyak bagi penerbangan lebih 16,000 kilometer, tanpa perlu menambah minyak.

Qantas bekerjasama dengan dua buah universiti Australia bagi memantau rasa penat dan kesihatan para penumpang serta kakitangan pesawat itu.

Setelah penerbangan berlepas dari New York, para penumpang menukar masa kepada waktu Sydney dan kekal berjaga sehingga waktu malam di Australia timur, dengan penggunaan lampu, bersenam, serta minum kopi dan makanan yang pedas.

Enam jam kemudian, mereka dihidangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan digalakkan tidur sepanjang malam.

Rutin tersebut diharap akan dapat mengurang rasa penat "jet-lag" semasa penerbangan jauh.

Tahun lalu, Qantas memperkenalkan penerbangan langsung pertama dari Perth, Australia ke London. Penerbangan 17 jam itu ketika itu adalah penerbangan penumpang yang paling lama di dunia.

Sumber : Agensi berita/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan