Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Qantas syarikat penerbangan paling selamat di dunia

Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways, dinobatkan sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia pada Khamis (3 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Qantas syarikat penerbangan paling selamat di dunia

Pesawat Qantas Airways Boeing 747. (Gambar fail: David Gray/Reuters)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 04:40PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 04:42PM

CANBERRA: Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways, dinobatkan sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia pada Khamis (3 Jan). Ini adalah kali kelima Qantas menduduki tangga teratas ranking tersebut.

Qantas, salah sebuah syarikat penerbangan tertua di dunia, disenaraikan di tempat pertama pada tahun ini kerana "kepimpinannya dalam inovasi keselamatan", menurut ketua editor AirlineRatings.com Geoffrey Thomas kepada Mediacorp hari ini (4 Jan).

Syarikat penerbangan itu menerajui usaha membangunkan teknologi seperti Sistem Pengemudian Udara Masa Hadapan dan alat perakam data penerbangan yang digunakan untuk memantau prestasi pesawat dan anak kapal.

Qantas juga menggunakan perhubungan satelit untuk memantau enjin-enjin pesawatnya pada masa nyata, yang membolehkan syarikat penerbangan itu untuk mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi isu keselamatan utama.

Syarikat-syarikat penerbangan yang menduduki 20 tempat teratas termasuk Air New Zealand, All Nippon Airways, British Airways, Cathay Pacific Airways, Emirates, Qatar Airways dan Singapore Airlines.

Mereka mendahului syarikat-syarikat lain dalam industri tersebut dan berada di barisan hadapan dari segi keselamatan, inovasi serta pelancaran pesawat baru, kata Encik Thomas.

AirlineRatings menyenaraikan syarikat-syarikat penerbangan berdasarkan sistem penarafan tujuh bintang. Kesemua syarikat penerbangan yang menduduki 20 tempat teratas berjaya memperolehi pengiktirafan tersebut.

Dalam menentukan ranking, AirlineRatings.com mengambil kira pelbagai faktor seperti hasil audit badan-badan pentadbir dan industri penerbangan, audit pemerintah, rekod kemalangan dan insiden serius, keuntungan serta inisiatif keselamatan dan usia pesawat.

AirlineRatings juga menyenaraikan 10 syarikat penerbangan kos rendah paling selamat di dunia iaitu: Flybe, Frontier, HK Express, Jetblue, Jetstar Australia / Asia, Thomas Cook, Volaris, Vueling, Westjet dan Wizz.

Semua syarikat penerbangan itu lulus Audit Keselamatan Operasi Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan memiliki rekod keselamatan yang cemerlang, menurut laman AirlineRatings. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan