Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Qantas gantung semua penerbangan antarabangsa hujung bulan ini; hanya 60% penerbangan domestik dikekalkan

Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, pada Khamis (18 Mac) menyatakan ia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa pada lewat bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Qantas gantung semua penerbangan antarabangsa hujung bulan ini; hanya 60% penerbangan domestik dikekalkan

(Gambar: EVILHOMER/Twitter)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 09:57AM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 10:02AM

SYDNEY: Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, pada Khamis (18 Mac) menyatakan ia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa pada lewat bulan ini selepas sebuah lagi syarikat penerbangan di negara itu, Virgin Australia, memutuskan untuk menghentikan khidmat penerbangan ke luar negara disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Menurut Qantas, semua penerbangan antarabangsa akan digantung menjelang hujung bulan ini bagi tempoh sekurang-kurangnya dua bulan selepas pemerintah negara itu memberitahu rakyatnya supaya menggugurkan semua perjalanan ke luar negara dalam usaha untuk membendung penularan virus korona baru itu.

"Usaha mengawal penularan virus korona menyebabkan kemerosotan yang sangat ketara pada permintaan untuk melakukan perjalanan, sesuatu yang belum pernah disaksikan selama ini," kata ketua eksekutif Qantas Alan Joyce sambil menambah bahawa syarikat itu akan menggantung tugas 20,000 daripada 30,000 kakitangannya sepanjang tempoh tersebut.

Langkah tersebut turut menjejas syarikat penerbangan tambang murah Jetstar, anak syarikat Qantas.

Qantas mengumumkan pada awal minggu ini bahawa ia sudah mengurangkan 90 peratus penerbangan ke luar negara manakala Virgin Australia pula menggantung kesemua pesawat yang melakukan penerbangan antarabangsa.

Qantas bagaimanapun mengekalkan 60 peratus penerbangan domestik dan Virgin Australia pula sebanyak 50 peratus.

Australia sudah mengesahkan lebih 700 kes COVID-19 di negara itu, dengan jumlah jangkitan meningkat setiap hari. Enam kematian sudah dilaporkan sejauh ini.

Menurut para pegawai, sebahagian besar kes baru melibatkan rakyatnya yang baru pulang ke tanah air dan dijangkiti virus tersebut semasa berada di luar negara.

Pada Rabu, Perdana Menteri Scott Morrison mengumumkan keputusan untuk menasihati seluruh rakyat Australia supaya jangan melakukan perjalanan ke luar negara.

Beliau juga mengharamkan perhimpunan awam yang melibatkan lebih 500 peserta dan sekalipun ia diadakan dalam keadaan tertutup, ia tidak boleh melebihi 100 orang.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan