Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pusat beli-belah Queensway dan Queensway Tower mulakan proses penjualan en bloc

Pusat beli-belah Queensway dan bahagian apartmennya, Queensway Tower, sudah memulakan proses untuk dijual secara berkelompok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2019 11:01PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 11:51PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Queensway dan bahagian apartmennya, Queensway Tower, sudah memulakan proses untuk dijual secara berkelompok.

Tindakan itu dilakukan meskipun beberapa penjualan secara en bloc sebelum ini tidak berhasil selepas pemerintah melaksanakan langkah-langkah meredakan pasaran pada Julai tahun lepas.

Penghuni-penghuni Queensway Tower yang mempunyai 78 unit rumah serta para pemilik kedai di pusat beli-belah Queensway diundang menghadiri satu mesyuarat agung luar biasa pada hujung minggu lalu.

Mediacorp difahamkan sebuah jawatankuasa bagi penjualan berkelompok ditubuhkan namun seorang anggotanya enggan mengulas lebih lanjut.

Beberapa pemilik kedai pula memberitahu Mediacorp bahawa ini adalah kali pertama mesyuarat sedemikian diadakan.

Seorang pemilik kedai yang berniaga selama 26 tahun di situ berkata beliau tidak tahu tentang mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, beliau menambah beliau terbuka kepada penjualan secara berkelompok kerana perniagaannya merosot sejak beberapa tahun ini ekoran jumlah pengunjung yang berkurangan. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan