Images
  • DNV GL
    Kemudahan DNV GL di Singapura. (Gambar: DNV GL)

Pusat baru dibuka di S'pura tumpu kurangkan karbon, pendigitalan sektor maritim SEA

SINGAPURA: Sebuah pusat baru yang memberi tumpuan kepada pendigitalan dan pengurangan karbon dalam sektor maritim Asia Tenggara dibangunkan di Singapura oleh badan klasifikasi DNV GL.

Disokong oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB), Pusat Kecemerlangan Pengurangan Karbon Maritim dan Autonomi akan tertumpu kepada pendigitalan, pengurangan karbon dan keupayaan pelabuhan bijak, menyumbang kepada aspirasi negara untuk membangunkan "sebuah ekosistem maritim yang bijak dan berdaya mampan" di rantau ini, menurut firma itu, yang berpangkalan di Norway, hari ini (4 Feb).

"Para pakar DNV GL akan membantu membangunkan proses-proses baru, piawai dan rangka kerja maritim; dan akan meneroka teknologi minyak yang baru untuk mempercepat pengurangan karbon dalam industri maritim bagi memenuhi sasaran IMO (Pertubuhan Maritim Antarabangsa)," menurut firma itu dalam satu kenyataan.

IMO - iaitu sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mentadbir perkapalan - telah menetapkan sasaran mengurangkan pengeluaran karbon daripada perkapalan antarabangsa sebanyak sekurang-kurangnya separuh menjelang 2050, dengan pengeluaran karbon dikurangkan 40 peratus menjelang 2030.

Menurut DNV GL pusat itu sudah menerima sejumlah projek, seperti menjalankan perundingan teknikal mengenai feri menggunakan bateri hibrid bagi Kereta Api Kochi di India, yang membawa kepada pembinaan 23 kapal.

Ia juga bekerjasama dengan firma Rainmaking untuk memilih dan melatih syarikat-syarikat pemula bagi mencari teknologi-teknologi baru untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada perkapalan.

Pengurus Serantau DNV GL bagi Asia Tenggara, Pasifik dan India, Cristina Saenz de Santa Maria berkata pusat baru itu membolehkan firma-firma memainkan peranan "lebih proaktif sebagai penasihat boleh dipercayai dalam industri", dengan pendigitalan membolehkannya menawarkan khidmat-khidmat baru untuk memenuhi "keperluan syarat-syarat sedia ada dan masa akan datang".

"Usaha-usaha industri yang dijalankan Pusat Kecemerlangan ini dalam bidang bahan api alternatif dan perkapalan berautonomi akan mengurangkan kesan sekitaran perkapalan serta kegiatan-kegiatan berkaitan," menurut Naib Presiden EDB yang juga Ketua Khidmat Profesional dan Komersil, Dawn Lim.

"Ini sejajar dengan matlamat perubahan iklim Singapura sedang kita berusaha beralih kepada ekonomi rendah karbon. Kami berharap dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang sependapat untuk membangunkan piawaian dan huraian yang mempertingkat kecanggihan dalam industri maritim Singapura."

Bercakap kepada wartawan menerusi persidangan online hari ini (4 Feb) Pengarah Pusat Kecemerlangan itu, Shahrin Osman, berkata ia akan mengambil pendekatan menyeluruh ke atas pengurangan karbon, dengan mengambil kira strategi dan perancangan mereka sendiri serta membantu memantau pengeluaran karbon daripada kapal-kapal sedia ada.

Dr Shahrin, yang juga ketua penasihat maritim serantau DNV GL, berkata Pusat itu juga akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembangunan serta kerjasama dengan universiti-universiti, pemilik kapal dan pemerin

- CNA/NK/nk

Top