Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pusat antara pemerintah akan ditubuhkan di S'pura, kaji trend fintech

Sebuah badan perbankan antara pemerintah pada Ahad (30 Jun) memutuskan untuk menubuhkan sebuah pusat hab inovasi baru di Singapura. Langkah tersebut disifatkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebagai mencerminkan kedudukan negara ini sebagai "pusat fintech (teknologi kewangan) ulung antarabanga".

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat antara pemerintah akan ditubuhkan di S'pura, kaji trend fintech

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 01 Jul 2019 10:39AM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 10:40AM

SINGAPURA: Sebuah badan perbankan antara pemerintah pada Ahad (30 Jun) memutuskan untuk menubuhkan sebuah pusat hab inovasi baru di Singapura. Langkah tersebut disifatkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebagai mencerminkan kedudukan negara ini sebagai "pusat fintech (teknologi kewangan) ulung antarabanga".

Pusat baru di Singapura oleh Bank of International Settlements (BIS) akan menyertai dua pusat lain di Hong Kong dan Switzerland untuk menggalak lebih kerja sama antara bank-bank pusat sedang sektor fintech yang pesat berkembang terus memberi kesan kepada sistem kewangan sejagat.

Ditubuhkan pada 1930, BIS dimiliki 60 bank pusat di merata dunia yang keseluruhannya mewakili 95 peratus ekonomi dunia, dan berkhidmat hanya untuk bank-bank pusat dan penguasa kewangan lain.

Apabila selesai ditubuhkan, pusat hab inovasi baru BIS akan berusaha "mengenal pasti dan membangunkan penilaian mendalam berhubung trend-trend penting yang menjejas perbankan pusat, membangunkan kemudahan awam dalam bidang teknologi ke arah memperbaiki operasi sistem kewangan global, selain menjadi pusat tumpuan bagi sebuah rangkaian pakar bank pusat tentang inovasi," menurut kenyataan bank antarabangsa itu.

BIS tidak menyatakan secara terperinci garis masa pembinaan atau tempat pusat baru itu akan dibina di Singapura, namun menyatakan ia tertakluk kepada "aturan institusi sewajarnya".

Perkembangan itu didedahkan tidak lama selepas Singapura mengumumkan bahawa para pemain industri fintech tanpa rekod pencapaian dalam perbankan boleh memohon untuk menjadi bank penuh tidak lama lagi. Hampir tujuh daripada setiap 10 warga Singapura menggunakan huraian fintech tahun lalu, iaitu antara jumlah tertinggi di Asia Pasifik, menurut satu laporan Ernst & Young.

Pengarah urusan MAS Ravi Menon berkata inisiatif BIS akan menggalak negara-negara untuk bekerjasama dan memanfaatkan sepenuhnya keterhubungan dan perdagangan digital silang sempadan.

Pengerusi jawatankuasa penasihat ekonomi BIS Mark Carney pula berkata ekonomi baru ini didorong perubahan teknologi, demografi dan sekitaran menerusi inovasi yang diterajui firma-firma privet fintech.

"Sedang sektor privet memacu inovasi, usaha mereka boleh lebih berkesan jika prasarana fizikal dan institusi sistem kewangan dunia menyokong inovasi tersebut, menggalak daya tahan dan menyediakan peluang saksama untuk bersaing. Bank-bank pusat mempunyai peranan besar," kata Encik Carney.

Penubuhan dan usaha tiga pusat hab itu "akan dijalankan dengan kerjasama rapat dan sokongan bank pusat hos mereka," termasuk MAS, tambah BIS.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan