Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Proton lancar cawangan 4S baru di Kaherah

Proton sudah mengembangkan jangkauannya di Mesir dengan melancarkan cawangan 4S baru (penjualan, perkhidmatan, alat ganti dan semburan cat) iaitu Alpha Ezz Elarab di Abbou Rawash, Kaherah.

Anggaran Waktu Membaca:
Proton lancar cawangan 4S baru di Kaherah

Gambar fail logo Proton (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 06:43PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 11:20PM

MESIR: Proton sudah mengembangkan jangkauannya di Mesir dengan melancarkan cawangan 4S baru (penjualan, perkhidmatan, alat ganti dan semburan cat) iaitu Alpha Ezz Elarab di Abbou Rawash, Kaherah.

Cawangan seluas 1.5 hektar itu dimiliki dan diuruskan oleh pengedar tunggal Proton di Mesir, Alpha Group Ezz Elarab.

Pemilik Alpha Group Ezz Elarab, Hisham Ezz Elarab, berkata pasukan beliau sedang berusaha untuk memantapkan semula jenama Proton dengan mengikuti perubahan dinamik yang berlaku kepada jenama itu di Malaysia.

"Selain sebagai pengimport tunggal, Alpha Group Ezz Elarab juga adalah syarikat pertama yang menggunakan identiti korporat Proton terbaru di luar negara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu Yuan, berkata Mesir berpotensi untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu Proton mencapai sasaran penjualan pada masa depan dengan meningkatkan jumlah jualan eksport.

"Proton dan pengimport Mesir kami perlu bekerjasama bagi memastikan keperluan pasaran dipatuhi dalam menangani produk dan harga yang sesuai untuk pembeli di sini," katanya.

Pada September lalu, 246 buah kereta Proton Saga dan Exora tiba di Mesir.

Pengedaran kereta-kereta itu dikendalikan oleh Alpha Group Ezz Elarab, dan dihantar ke tujuh cawangan sedia ada di pasaran negara itu.

Encik Xu berkata Alpha Group Ezz Elarab yakin dapat mencapai sasaran jualan 1,400 unit bagi tahun 2019 dengan ketibaan versi semakan model Saga dan Exora Plus pada pertengahan tahun itu.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan