Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Prosedur GPS di Lapangan Terbang Seletar akan tarik lebih banyak trafik: Pakar industri

Pelaksanaan prosedur alatan berdasarkan GPS di Lapangan Terbang Seletar akan pada akhirnya membawa kepada lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi dari lapangan terbang itu, kata pakar-pakar industri pada Selasa (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Prosedur GPS di Lapangan Terbang Seletar akan tarik lebih banyak trafik: Pakar industri

Lapangan Terbang Seletar. (Gambar: CAG)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 10:30AM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 10:32AM

SINGAPURA: Pelaksanaan prosedur alatan berdasarkan GPS di Lapangan Terbang Seletar akan pada akhirnya membawa kepada lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi dari lapangan terbang itu, kata pakar-pakar industri pada Selasa (9 Apr).

Prosedur baru itu yang dibangunkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam Singapura dan Malaysia menggantikan Sistem Pendaratan Alatan (ILS) yang ditarik balik baru-baru ini.

Demikian menurut menteri pengangkutan kedua-dua negara kelmarin.

Timbalan Editor Asia di FlightGlobal Ellis Taylor berkata, dalam jangka masa panjang, pembangunan itu menyediakan "pemangkin" bagi Lapangan Terbang Seletar untuk menjadi "pelengkap Lapangan Terbang Changi" sebagai gerbang laluan penerbangan kedua Singapura.

"Tiba masanya nanti, kita akan melihat lebih banyak operasi ke tempat-tempat lain di Malaysia dari Seletar dan pemain-pemain industri berpotensi yang baru dari Indonesia dan mungkin juga Thailand memasuki pasaran. Semua itu bakal memberi manfaat kepada Changi Airport Group (CAG) yang merupakan pengendali kedua-dua lapangan terbang tersebut," kata Encik Taylor.

Firefly, cabang penerbangan turboprop tambang rendah syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Singapura mulai 21 April ini dengan beroperasi dari lapangan terbang tersebut.

Dengan menggunakan prosedur pendekatan alatan berdasarkan GPS, pesawat akan mempunyai laluan penerbangan secara lebih langsung dan pendekatan pendaratan di altitud lebih rendah, kata beliau.

Encik Taylor menambah sistem isyarat juga berkemungkinan kurang menghadapi gangguan yang boleh diakibatkan oleh penerbangan berhampiran lain, berbanding pendekatan ILS.

APA MAKNANYA BAGI FIREFLY?

Pengasas firma pakar runding penerbangan Endau Analytics Shukor Yusof berkata penyambungan semula penerbangan Firefly ke Seletar akan membantu mengelakkan kerugian sehingga RM20 juta (S$6.6 juta) sebulan kerana tidak dapat menerbang masuk ke Singapura - salah satu destinasi bagi sumber kewangannya.

Firefly menggantung penerbangan ke Singapura pada 1 Disember tahun lalu. Sebelum itu, ia mengendalikan 20 penerbangan turboprop setiap hari antara Lapangan Terbang Changi dengan Subang, Ipoh dan Kuantan.

Encik Shukor berkata: "Singapura-Kuala Lumpur adalah salah satu sektor tersibuk di dunia. Dengan mempunyai satu lagi penghubung udara (menerusi Subang), ia memberi penumpang satu alternatif untuk mengakses Singapura. Ia menyediakan pilihan lebih berdaya maju kepada para penduduk bandar di Kuala Lumpur kerana Subang terletak lebih dekat dengan pusat bandar dan ATR adalah sebuah pesawat kecil yang lebih menjimatkan dengan penerbangan lebih kerap."

Beliau menambah Firefly bagaimanapun akan perlu bekerja keras untuk memulihkan semula bahagian pasaran.

"Firefly perlu berusaha keras setelah ia mengalami kerugian masa dan wang dalam tempoh beberapa bulan lalu sejak menemui jalan buntu. Ia seakan sudah hilang rentaknya dan mungkin sukar bagi (mereka) untuk menarik para penumpang supaya menaiki penerbangan dari Seletar." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan