Images
Promosi 'Singles' Day': Syarikat e-dagang anjur tawaran hebat untuk pikat pembeli
SINGAPURA: Syarikat-syarikat e-dagang di negara ini sedang bersiap untuk acara jualan online terbesar di dunia sempena 'Singles' Day' atau hari untuk golongan bujang
pada Isnin (11 Nov) ini.
Syarikat-syarikat yang ditemui menjangkakan hasil jualan lebih tinggi tahun ini dengan adanya banyak tawaran potongan harga serta jumlah pembeli online yang meningkat.
Bagaimanapun, pengamat industri mengatakan terdapat tanda-tanda sambutan terhadap acara berkenaan kian berkurangan.
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan lebih 150 juta penduduk Asia Tenggara membeli-belah menerusi wadah online.
Tahun lalu, hasil jualan pada 11 November meningkat empat kali ganda di Singapura berbanding 2017.
- CNA/MM/fz