Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Projek baru di Kranji dijangka kurangkan kos operasi SME industri logam, jentera, kayu

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam industri logam, jentera dan kayu boleh menjangkakan untuk mengurangkan kos operasi sekurang-kurangnya 20 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jan 2018 10:03PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 12:22AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam industri logam, jentera dan kayu boleh menjangkakan untuk mengurangkan kos operasi sekurang-kurangnya 20 peratus.

Ini dapat dilakukan menerusi perkongsian perkhidmatan dan kemudahan apabila satu projek pembangunan baru di Kranji siap dua tahun lagi.

Perkhidmatan dan kemudahan ini akan disediakan oleh Persatuan Kren Singapura dan Persatuan Kayu-Kayan Singapura di bawah perjanjian yang dimeterai bersama JTC.

Apabila berpindah ke TimMac@Kranji, syarikat-syarikat tersebut boleh meraih manfaat dalam meningkatkan produktiviti melalui kecekapan operasi serta penggunaan ruang lebih baik secara bersama.

Di bawah inisiatif itu, syarikat-syarikat boleh menyepadukan operasi di bawah satu bumbung.

Setakat ini, 22 syarikat sudah mendaftar untuk menyewa unit-unit dalam projek pembangunan baru itu atau sekitar 70 peratus daripada yang ditawarkan.

JTC menjangkakan baki unit-unit yang lain akan disewa menjelang 2020.

Menteri Negara Kanan, Dr Koh Poh Koon berkata pemerintah akan terus bekerja rapat dengan persatuan-persatuan perdagangan untuk membangunkan kemudahan baru dan melaksanakan inisiatif lain untuk menyokong perniagaan tempatan. 

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan