Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Program latihan teratur antara cara bangunkan kepakaran PMET tempatan: Pakar

Membangunkan kepakaran golongan PMET rakyat Singapura menerusi program latihan yang teratur. Itulah yang disarankan para pakar tenaga manusia mengenai apa yang boleh dilakukan syarikat-syarikat untuk memindahkan kemahiran golongan PMET asing kepada rakyat tempatan dan mengukuhkan teras Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2020 08:02PM Dikemas Kini : 27 Sep 2020 09:08PM

SINGAPURA: Membangunkan kepakaran golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) rakyat Singapura menerusi program latihan yang teratur.

Itulah yang disarankan para pakar tenaga manusia mengenai apa yang boleh dilakukan syarikat-syarikat untuk memindahkan kemahiran golongan PMET asing kepada rakyat tempatan dan mengukuhkan teras Singapura.

Misalnya, 80 peratus kakitangan syarikat sains dan teknologi Jerman Merck merupakan warga tempatan.

Kesemua 50 kakitangan makmal bio-keselamatannya adalah rakyat Singapura.

Ia adalah sebahagian usaha syarikat itu untuk membina kemahiran kakitangan tersebut dalam bidang itu.

Mereka menjalani kursus-kurus kursus yang ditawarkan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA).

Menurut para pakar, syarikat-syarikat akan dapat memanfaatkan tenaga kerja yang lebih murah pada masa depan.

Pengarah Urusan syarikat Human Capital, Southeast Asia, Aon Encik Na Boon Chong berkata kos menggajikan karyawan asing adalah sekitar tiga hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding pekerja tempatan, bergantung pada jawatan dan pakej pekerjaan yang ditawarkan.

Membina kepakaran tenaga kerja tempatan bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi juga memastikan ada bekalan yang lebih daripada mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Buat masa ini, syarikat-syarikat boleh memohon untuk menyertai skim-skim pemerintah seperti Program Pemindahan Keupayaan.

Ia memberi subsidi kepada firma-firma untuk membawa masuk para pakar warga asing dalam jangka masa pendek bagi melatih rakyat tempatan dalam bidang-bidang keupayaan baru.

Bagaimanapun ada syarikat asing yang memilih untuk mengerahkan bakat ataupun pegawai dari ibu pejabat masing-masing.

Menurut Encik Na, syarikat lebih besar dengan sekurang-kurangnya 1,000 pekerja biasanya siap untuk melatih bakat tempatan bagi tempoh lebih lama.

Syarikat-syarikat sedemikian mempunyai lebih banyak sumber untuk menjalankan latihan.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan