Images
  • Nutric
    Salah satu daripada rangkaian produk Nutric, REVOLUTIC®. (Gambar: Nutric/Facebook)

Produk penjagaan kesihatan halal, Nutric, teroka pasaran S'pura secara agresif

SINGAPURA: Nutric Group, syarikat jualan langsung global yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan regeneratif, bercadang untuk meneroka semula secara agresif pasaran Singapura mulai tahun ini. 

Syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu setakat ini sudah mewujudkan pejabat di Bangladesh, China, Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kami akan meninjau semula Singapura. Kami sudah berada di sini pada awal 2002. Pasaran Singapura adalah penting untuk kami kerana ia dikenali sebagai negara paling mesra untuk produk Halal,” kata Ketua Bahagian Halal Nutric, Norbakti Alias.

Rangkaian produk penjagaan kesihatan regeneratif Nutric – Revolutic, Vitanetic dan Skinetique – adalah Halal dan mesra alam sekitar kerana ia menjadi sebahagian tanggungjawab korporat syarikat,

Menyasarkan untuk mendaftarkan keahlian di Singapura, Nutric berkembang dengan cepat sejak ia ditubuhkan pada 2001 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 15 peratus sejak 15 tahun lalu. 

“Kami sedang melihat lebih daripada itu dan sentiasa fokus terhadap mutu dan kelestarian. Ia adalah penting bagi kelangsungan kami untuk jangka panjang,” kata Norbakti dalam tembual dengan Bernama.

Turut hadir, Pengarah yang juga seorang daripada Pengasas Kumpulan Nutric, Joseph Thong. Berharap untuk mendapat jumlah keahlian yang mampan, Nutric yakin bahawa pasaran penjagaan kesihatan regeneratif menjanjikan pertumbuhan yang kukuh.

“Di peringkat global, penjagaan regeneratif menawarkan potensi yang luas. Begitu juga di Asia,” kata Encik Joseph.

Memetik Kajian Pasaran Zion, pasaran antipenuaan global dijangka mencecah US$216.5 bilion (S$290.7 bilion) menjelang 2021 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus berbanding 2016.

Nutric sentiasa menggambarkan ia sebagai ‘harta karun’ kerana masih belum mengeksploitasi sepenuhnya potensinya.

Segmennya yang paling kukuh, produk antipenuaan, mendapat tempat dalam kalangan golongan berumur, justeru Nutric mempunyai peluang untuk menarik segmen golongan yang lebih muda pada masa hadapan.  

Selain produk yang Halal dan mesra alam sekitar, Nutric adalah penyedia penjagaan kesihatan regeneratif dengan memberi tumpuan kepada sains holistik yang progresif.

Produknya adalah unik kerana ia memberi tumpuan kepada kaedah regeneratif – bukannya pemulihan, pemakanan atau peningkatan.

Ia mengambil kira pemakanan kuratif atau ‘curatrition’, pendekatan holistik terhadap penjagaan kesihatan, yang menyediakan penjagaan regeneratif dan mencari penyelesaian terhadap akar permasalahan.

“Menjadi strategi jangka panjang untuk membolehkan seseorang itu sentiasa sihat,” kata Encik Joseph.

Bio Spray Nutric, produk anti penuaan pertamanya sudah berada di pasaran sejak lebih 15 tahun dan kekal sebagai antara produk paling laris sehingga kini.

“Kami meneroka pasaran Indonesia dan Singapura pada tahun yang sama Bio Spray diperkenalkan,” kata Encik Joseph lagi.

Produk utama itu yang membantu proses rejuvenasi kesihatan dan kecantikan dihasilkan di dalam negara walaupun teknologinya adalah daripada Amerika Syarikat. 

Untuk menjadi sebahagian rangkaian global Nutric yang berkembang, bakal ahli akan menikmati antaranya, faedah kewangan dengan tahap kejayaan tanpa batas, program latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pemikiran selain akses 24/7 kepada platform dalam talian yang canggih.

Pada 2017, Nutric meraih empat anugerah. Antaranya, Jenama Terbaik dalam Jualan Langsung – Penyelesaian Anti Penuaan/Kesihatan di The BrandLaureate SMEs BestBrands Corporate Branding Awards 2016-2017; Rangkaian Jualan Langsung Paling Dipercayai di The 13th China Direct Selling Convention dan Produk Terbaik Asia 2017 di Thailand Asia Best Product Gold Medal Awards 2017. 

- Bernama/NK/nk

Top