Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Premium Skim Perlindungan Rumah dikurangkan 10% mulai Julai

Premium bagi Skim Perlindungan Rumah (HPS) akan dikurangkan 10 peratus mulai 1 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2021 06:15PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 09:05PM

SINGAPURA: Premium bagi Skim Perlindungan Rumah (HPS) akan dikurangkan 10 peratus mulai 1 Julai ini.

Skim tersebut melindungi para pencarum CPF daripada kehilangan rumah mereka meskipun selepas pemilik rumah itu sudah meninggal dunia.

Dan baki pinjaman rumah itu dilunaskan pihak insurans.

Tahun lalu, para pemilik rumah yang mendapatkan perlindungan di bawah HPS mengemukakan tuntutan sekitar S$84 juta.

Menurut CPF, mereka yang menyertai skim tersebut pada atau selepas 1 Julai tahun ini akan membayar kadar yang lebih rendah.

Kadar lebih rendah itu juga bakal dinikmati para anggota sedia ada apabila mereka membayar premium tahunan HPS, atau apabila mereka membuat perubahan kepada perlindungan HPS pada atau selepas 1 Julai kelak.

Lebih 540,000 anggota CPF akan meraih manfaat daripada kadar yang dikurangkan itu.

Kali terakhir premium HPS dikurangkan adalah pada 2018.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan