Images
  • cars
    Gambar fail jalan raya di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Premium COE ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru.

COE bagi kereta dalam Kategori A, ditutup pada S$31,783 - lebih rendah berbanding S$31,917 pada bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dalam Kategori B turun kepada S$36,001 daripada S$38,602.

Premium motosikal pula merosot sedikit kepada S$4,089 berbanding S$4,301 dalam bidaan sebelumnya.

COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan oleh mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, jatuh kepada S$$37,912 berbanding S$40,002 dalam bidaan sebelum ini.

Keseluruhannya 5,029 bidaan diterima, dengan 3,502 kuota COE diperuntukkan.  

- CNA/SY/na

Top