Images
  • wirecard
    Gambar fail. (Gambar: Wolfgang Rattay/AFP)

Polis serbu pejabat Wirecard di S'pura menyusuli dakwaan penipuan

SINGAPURA: Polis mengesahkan pada Jumaat (8 Feb) bahawa pihaknya sudah melancarkan serbuan ke atas premis syarikat pemrosesan bayaran dari Jerman, Wirecard. Serbuan itu dilakukan menyusuli satu siri laporan oleh akhbar Financial Times yang mendakwa syarikat tersebut terlibat dalam salah laku kewangan.

"Polis mengesahkan bahawa kami sudah menyerbu premis entiti Wirecard di Singapura," menurut mereka dalam satu respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Menurut laman Wirecard, syarikat itu menyediakan huraian bayaran online dan perkhidmatan bagi para pedagang, syarikat penerbangan dan pengendali pelancongan, bank, pengendali telekomunikasi serta penyedia khidmat.

Antara rakan niaga Wirecard adalah Alipay, American Express, UnionPay, Visa, Mastercard, ComfortDelGro, EZ-Link, Cheers and dompet digital Singtel, Dash.

Akhbar Financial Times melaporkan minggu lalu bahawa pihaknya sudah melihat dokumen-dokumen daripada para peguam Wirecard, yang menunjukkan bukti kesalahan pemalsuan akaun atau dokumen yang serius di pejabat syarikat itu di Singapura.

Wirecard memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya sudah bertemu dengan pihak berkuasa di Singapura pada Jumaat (8 Feb) untuk membantu dalam siasatan. 

- CNA/NA/na

Top