Images
  • pmd
    Gambar fail PMD.

PMD tidak akan dijual kepada mereka berusia bawah 16 tahun

SINGAPURA: Mereka yang berusia bawah 16 tahun tidak akan boleh membeli alat mobiliti peribadi (PMD) di beberapa kedai di Singapura selepas 27 peruncit mengumumkan langah-langkah bagi menggalak sikap lebih bertanggungjawab ketika menggunakan peranti tersebut.

Dalam kenyataannya pada Rabu (9 Okt), para peruncit menyatakan mereka bersetuju untuk melarang penjualan PMD kepada mereka yang berusia bawah 16 tahun, kecuali ditemani oleh seorang dewasa.

Para peruncit itu berikrar untuk hanya menyediakan khidmat bagi PMD yang berdaftar. Para peruncit juga tidak akan membuat sebarang pengubahsuaian atau peningkatan yang boleh menjejas sistem elektrik PMD.

Langkah-langkah itu berkuat kuasa serta merta, menurut para peruncit.

Beberapa kemalangan dan kebakaran berkaitan PMD dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini, sekaligus mencetuskan keprihatinan dalam kalangan orang awam mengenai tahap keselamatan alat tersebut.

Menyusuli insiden itu, pihak berkuasa sudahpun mempercepatkan tarikh bagi kesemua PMD mematuhi pensijilan kelsematan UL2272.

Mulai April 2020, semua skuter elektrik harus menjalani pemeriksaan setiap dua tahun bagi memastikan bahawa ia mematuhi kriteria bagi menggunakan alat itu di laluan-laluan awam.  

- CNA/AI/ai

Top