Images
  • Prayut Chan-o-cha
    Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)

PM Thai percaya dalam pengikatan baik perjanjian RCEP

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand berkata beliau menjangkakan kesudahan baik dalam usaha menghasilkan perjanjian Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP).

Berucap di majlis pembukaan mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Bangkok, PM Prayut Chan-o-cha berkata, sekiranya perjanjian itu ditandatangani, ia menjadi bukti kepada keyakinan terhadap sistem perdagangan berbilang negara.

Rundingan RCEP masih berterusan sejak tahun 2013. Kemajuannya agak perlahan kerana pelbagai perbezaan yang wujud dalam kalangan negara-negara pesertanya. Terdapat juga faktor tentangan terhadap globalisasi.

ASEAN berharap perjanjiannya dapat dicapai sebelum Sidang Puncak pertubuhan serantau itu pada November ini.

RCEP melibatkan kesemua negara anggota ASEAN serta China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, RCEP berpotensi menjadi blok perdagangan terbesar di dunia, membentuk sekitar 33 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.

- CNA/MU/aq

Top