Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

PM Johnson: Britain akan lancar 5G tanpa jejas keselamatan negara

Perdana Menteri Boris Johnson berkata pada Isnin (27 Jan) bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai peranan Huawei dalam masa depan rangkaian 5G Britain yang akan memberi peluang kepada rakyat negara itu untuk memanfaatkan teknologi baru tanpa menjejas keselamatan negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Johnson: Britain akan lancar 5G tanpa jejas keselamatan negara

Perdana Menteri Boris Johnson. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Jan 2020 02:53PM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 02:56PM

LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson berkata pada Isnin (27 Jan) bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai peranan Huawei dalam masa depan rangkaian 5G Britain yang akan memberi peluang kepada rakyat negara itu untuk memanfaatkan teknologi baru tanpa menjejas keselamatan negara.

Encik Johnson dijadual bertemu dengan para menteri kanan pada Selasa untuk memutuskan sama ada untuk melarang atau menghadkan penggunaan peranti buatan Huawei dalam rangkaian 5G negara itu.

Beliau menghadapi tekanan dari Washington - dan sebilangan anggota Parti Konservatif - yang mendesak beliau supaya jangan memberikan Huawei sebarang peranan kerana bimbang syarikat China itu akan mengakses rahsia-rahsia Britain. Huawei menafikan bahawa ia adalah agensi risikan bagi pemerintah China.

Menurut Encik Johnson, ada cara untuk para pelanggan dan peniaga Britain untuk mengakses teknologi baru itu tanpa menjejas hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat - yang menerajui perikatan risikan Five Eyes.

Reuters menukil dua individu yang mempunyai maklumat mengenai isu tersebut minggu lalu, sambil menyatakan bahawa para pegawai Britain menyarankan agar Huawei diberikan peranan terhad dalam rangkaian 5G negara itu.

5G dilihat sebagai inovasi terbesar sejak kewujudan internet, yang menawarkan kelajuan data yang jauh lebih pantas.

Huawei, pengilang peranti telekomunikasi terbesar di dunia, menyatakan bahawa Amerika Syarikat mahu syarikat itu dihalang daripada rangkaian 5G Britain kerana tiada syarikat Amerika Syarikat yang boleh menawarkan teknologi 5G sedemikian pada harga yang berbaloi. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan