Images

Persatuan dagangan berperanan penting bantu syarikat kekal relevan pasca COVID-19 - Chan Chun Sing

SINGAPURA: Persatuan-persatuan Dagangan mempunyai peranan besar untuk mempersiapkan syarikat-syarikat menghadapi dunia pasca COVID-19.

Menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing, pihak persatuan boleh meningkatkan usaha membantu syarikat-syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (SME) mendakap pendigitalan dan berkembang ke luar negara.

Encik Chan berkata demikian semasa melancarkan daya usaha terbaru iaitu Studio Penstriman Langsung oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) hari ini (12 Feb).

Dewan itu menyatakan persidangan video dan jualan secara penstriman langsung di wadah-wadah media sosial menjadi satu kebiasaan baru.

Studio tersebut dilengkapi dengan alat "teleprompter", skrin LED gergasi serta peralatan audio.

Ia dijangka menyokong sehingga 50 kegiatan sedemikian pada tahun pertama operasinya.

Lima persatuan dagangan juga sudah memeterai perjanjian untuk meluaskan penggunaan penstriman langsung. 

- CNA/NZ/na

Top