Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perniagaan S'pura lebih optimistik langkah masuk suku kedua 2021

Perniagaan-perniagaan tempatan lebih berpandangan optimistik sedang ia melangkah masuk ke suku kedua tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2021 09:38PM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 10:28PM

SINGAPURA: Perniagaan-perniagaan tempatan lebih berpandangan optimistik sedang ia melangkah masuk ke suku kedua tahun ini.

Sentimen positif itu dicatatkan selepas sentimen negatif bagi empat suku berturut-turut.

Demikian menurut tinjauan suku tahunan terkini Biro Kredit Komersil Singapura.

Indeks Pandangan Optimis Perniagaan naik dari -7.8 peratusan mata tahun lalu kepada hampir +3.9 peratusan mata pada suku kedua tahun ini.

Para penganalisis berkata sentimen positif yang kian jelas itu sebahagian besarnya disebabkan program vaksinasi yang sedang dijalankan serta kemungkinan sempadan negara dibuka semula.

Sentimen positif juga terhad kepada sektor-sektor kewangan, pengilangan dan borong.

Sektor pengangkutan dan binaan kekal belum menentu.

Para pakar ekonomi menyatakan sektor binaan masih menghadapi masalah kekurangan pekerja dan bahan mentah. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan