Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perniagaan khidmat digital dikenakan GST 7% mulai 1 Jan 2020

Mulai hari ini (1 Jan), cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 7 peratus dikenakan ke atas perniagaan yang menyediakan khidmat digital termasuk Facebook, Google dan Netflix.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jan 2020 03:56PM Dikemas Kini : 02 Jan 2020 12:00AM

SINGAPURA: Mulai hari ini (1 Jan), cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 7 peratus dikenakan ke atas perniagaan yang menyediakan khidmat digital termasuk Facebook, Google dan Netflix.

Perubahan itu dilaksanakan bagi melindungi peruncit tempatan kerana ia akan memberi saingan sama rata bagi semua perkhidmatan yang dilanggani di Singapura.

Para pengguna kini akan dikenakan GST 7 peratus bagi urus niaga khidmat digital Google.

Ini termasuk misalnya, pembelian aplikasi Google Play. GST akan juga dikenakan ke atas pengiklan yang mahu meletakkan iklan di Facebook.

Adobe sedang meletakkan bayaran ke atas pengguna sementara Netflix akan menyertakan bayaran GST dalam senarai harga minggu ini.

Para pengamat mengatakan, menyerap kos akan membebankan pembekal perkhidmatan. Maka itu, pada jangka panjang mereka menjangkakan syarikat-syarikat akan meletakkan bayaran GST itu ke atas pengguna.

Singapura menyertai lebih 20 negara lain yang akan atau sudah menguatkuasakan cukai ke atas khidmat digital yang diimport.

Sebelum ini, hanya perkhidmatan dari pembekal yang didaftar di sini perlu membayar cukai GST.

Langkah baru itu akan menambah S$90 juta setahun kepada hasil mahsul negara.

Pakar-pakar mengatakan ia sumber pendapatan tambahan bagi menyokong perbelanjaan untuk penduduk semakin menua.

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan