Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perniagaan buat penyesuaian kepada jarak selamat lebih ketat; beralih ke wadah digital

Beberapa hari sebelum langkah-langkah memastikan jarak selamat lebih ketat dikuatkuasakan di Singapura bagi membendung penularan COVID-19, para peniaga mula beralih ke operasi dalam talian dan penghantaran ke rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2020 06:03PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 08:49PM

SINGAPURA: Beberapa hari sebelum langkah-langkah memastikan jarak selamat lebih ketat dikuatkuasakan di Singapura bagi membendung penularan COVID-19, para peniaga mula beralih ke operasi dalam talian dan penghantaran ke rumah.

Ini untuk memastikan pendapatan terus diraih semasa tempoh penguatkuasaan itu selama sebulan.

Sama ada sektor makanan dan minuman (F&B) ataupun runcit, mereka perlu membuat penyesuaian bagi meningkatkan penjualan dalam masa-masa sukar sekarang.

Syarikat pengeluar langsir dan bidai, mc2 di Ubi Avenue misalnya, menawarkan huraian automasi dan digital kepada para pemilik rumah.

Penularan COVID-19 memaksa pihak syarikat beralih ke penjualan online buat julung-julung kalinya.

Pengalaman membeli-belah kini dijalankan di alam maya menerusi wadah Zoom dan Google hangouts.

Ia juga menggunakan Facebook Live bagi lawatan dan demonstrasi maya - satu perubahan besar kepada cara ia beroperasi.

Bagi sektor F&B pula, operasi perniagaan juga berubah dari makan di premis restoran kepada bungkus makanan dan minuman.

Bagi restoran Kam's Roast misalnya, lebih 80 peratus jualannya adalah menerusi tempahan khidmat penghantaran online Oddle.

Kontak dengan orang ramai juga dikurangkan.

Khidmat tempah dan "pick-up" atau ambil saja makanan dan minuman juga sudahpun dimulakan bagi restoran-restoran di Ann Siang Hill.

Adalah diharapkan khidmat tambahan penghantaran makanan dan minuman ke rumah akan membantu hasil penjualan, sebanyak sekurang-kurangnya 20 peratus.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan