Images

Permintaan ruang runcit S'pura dijangka naik semula

SINGAPURA: Permintaan bagi ruang runcit di Singapura mungkin pulih semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang sedang sempadan negara, dibuka beransur-ansur.

Para pakar berkata ruang runcit utama sepatutnya menyaksikan permintaan berterusan dari jenama-jenama terkemuka sedang mereka mengambil peluang dari kadar sewa yang lebih rendah.

Robinsons, Top Shop dan Espirit antara jenama yang terjejas akibat pandemik.

Ini menyebabkan banyak ruang kosong di pusat-pusat beli-belah utama seperti Orchard Road.

Namun permintaan mungkin meningkat.

Menurut Persatuan Peruncit Singapura, sesetengah perniagaan dalam keadaan kewangan lebih baik sedang cuba memanfaatkan harga sewa yang menarik, untuk meluaskan perniagaan.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menyatakan sewa bagi ruang runcit di kawasan tengah susut hampir 20 peratus sejak pandemik bermula. 

- CNA/EM/sm

Top