Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Permintaan bagi kemudahan simpan barangan lonjak 35%; kebanyakannya pemilik rumah

Lebih ramai penduduk Singapura yang kini mencari ruang untuk menyimpan barangan di tengah-tengah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2021 06:55PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 09:28PM

SINGAPURA: Lebih ramai penduduk Singapura yang kini mencari ruang untuk menyimpan barangan di tengah-tengah COVID-19.

Permintaan bagi kemudahan-kemudahan simpanan naik 35 peratus dengan sebahagian besarnya adalah daripada pemilik rumah kerana lebih ramai penduduk yang mengemas rumah supaya selesa untuk bekerja dari rumah.

Kini, kemudahan sedemikian juga mengundang permintaan daripada syarikat-syarikat.

Hampir kesemua 12,000 unit simpanan Storhub sudah ditempah - melonjak 60 peratus berbanding sebelum pandemik.

Para pelanggan boleh memilih ruang sekecil 11 kaki persegi untuk S$80 sebulan atau ruang yang boleh memuatkan hampir 30 katil saiz 'king' dengan bayaran lebih S$4,000.

Para pelanggan boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.

Storhub menyatakan para pengguna mengalu-alukan aturan fleksibel dengan keluasan rumah yang semakin kecil.

Storhub akan membuka dua lagi kemudahan simpanan sebagai tambahan kepada 13 tapak sekarang ini bagi memenuhi permintaan.

Extra Space Asia pula menyimpan barangan runcit milik syarikat-syarikat yang terpaksa menutup kedai atau mengurangkan operasi akibat pandemik.

Ramai berharap untuk meneruskan operasi apabila keadaan pulih.

Sementara itu, para peniaga online pula boleh memilih ruang yang sesuai dengan keperluannya dan menjimatkan sewa sehingga separuh berbanding tempoh sewa jangka panjang di gudang lebih besar.

Dengan 11 kemudahan dan lebih 10,000 unit simpanan di Singapura, Extra Space Asia berhasrat untuk meluaskan perniagaannya dan menebarkan sayap ke luar negara.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan