Images
  • hyflux
    (Gambar: Jeremy Long)

Perjanjian muktamad dengan Utico belum dicapai, kata Hyflux

SINGAPURA: Syarikat rawatan air yang dibelenggu masalah hutang pada Rabu (28 Ogos) menyatakan ia belum lagi mencapai perjanjian muktamad dengan Utico FZC, sebagai menjelaskan satu pengumuman dibuat pada hari sebelumnya oleh firma kemudahan awam yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Utico pada Selasa menyatakan ia sudahpun bersetuju dengan satu perjanjian penyusunan semula bersama Hyflux, memberinya 88 peratus saham dalam syarikat berkenaan.

"Syarikat kami ingin menjelaskan bahawa perjanjian muktamad belum lagi dicapai oleh kedua-dua pihak sementara menanti penyelesaian mengenai isu-isu tertunggak yang belum selesai dalam draf perjanjian muktamad," jelas Hyflux dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura pada Rabu malam.

"Syarikat kami dan Utico bagaimanapun di peringkat lanjutan perbincangan dan akan terus melibatkan satu sama lain dengan tujuan menghuraikan isu-isu tertunggak serta memuktamadkan dan mencapai perjanjian muktamad secepat mungkin."

Utico sudahpun membayangkan tentang minatnya terhadap Hyflux seawal Mei. Perjanjian tersebut bakal menyaksikan Utico memegang 88 peratus kepentingan ekuiti dalam Hyflux - S$300 juta sebagai ekuiti dan S$100 juta sebagai pinjaman pemegang saham.

Utico juga bercadang untuk menawarkan wang tunai setara empat peratus kepentingan kumpulan syarikat Utico yang diperluaskan selain wang tunai tambahan kepada para pemegang saham keutamaan Hyflux dan sekuriti hutang. 

- CNA/FZ/fz

Top