Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perikatan baru bantu pengilang S'pura tebar sayap ke luar negara

Para pengilang bakal meraih manfaat daripada satu perikatan yang baru dibentuk untuk membantu mereka berkembang di rantau ini menerusi Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2021 08:49PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 09:30PM

SINGAPURA: Para pengilang bakal meraih manfaat daripada satu perikatan yang baru dibentuk untuk membantu mereka berkembang di rantau ini menerusi Singapura.

Perikatan Perkilangan Asia Tenggara (SMA) bertujuan membantu menjadikan Singapura sebagai pusat terpenting dalam rantaian nilai global.

SMA ditubuhkan oleh agensi-agensi pemerintah dan rakan-rakan dalam sektor swasta.

Ia mempromosikan rangkaian taman perindustrian kepada para pengilang yang berminat untuk melabur di Singapura dan rantau ini.

Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura boleh juga menggunakan wadah itu untuk menjalin hubungan dengan para pengeluar di negara-negara lain.

Secara keseluruhannya, tiga syarikat itu beroperasi di lebih daripada 10 taman perindustrian di Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Berucap di pelancaran SMA hari ini (3 Feb), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Singapura membangunkan satu ekosistem yang kukuh bagi perusahaan. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan