Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perdagangan dua hala S'pura-Jiangsu naik 12.6% dalam 9 bulan pertama tahun ini

Perdagangan dua hala antara Singapura dengan wilayah Jiangsu di China kekal kukuh meskipun di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perdagangan dua hala S'pura-Jiangsu naik 12.6% dalam 9 bulan pertama tahun ini

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah, berucap di mesyuarat Majlis Kerjasama Singapura-Jiangsu yang ke-15 pada 15 Nov 2021 sealku Pengerusi Bersama majlis itu.

Diterbitkan : 15 Nov 2021 06:47PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 06:48PM

SINGAPURA: Perdagangan dua hala antara Singapura dengan wilayah Jiangsu di China kekal kukuh meskipun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Ia meningkat lebih 12 peratus dari tahun ke tahun, meraih S$15 bilion dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Semasa mesyuarat Majlis Kerjasama Singapura-Jiangsu yang ke-15 hari ini (15 Nov), Pengerusi Bersamanya, Indranee Rajah, berkata kedua-dua pihak boleh memperkukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama seperti ekonomi mesra alam.

Sebanyak 10 perjanjian juga dimeterai hari ini bagi membolehkan pertubuhan-pertubuhan dari Singapura dan Jiangsu bekerjasama dalam projek-projek berkaitan sains dan kemampanan.

Satu inisiatif baru turut dilancarkan bagi menghubungkan perusahaan-perusahaan di Jiangsu dengan lebih 70 syarikat khidmat profesional di Singapura.

Langkah itu akan membantu perusahaan-perusahaan di Jiangsu untuk mengembangkan perniagaan di sini. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan