Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perbincangan susun semula operasi MAS ambil masa lebih lama dari jangkaan

Syarikat induk Malaysia Airlines masih mengadakan rundingan dengan peminjam dan pemiutang berhubung rancangan penyusunan semula untuk memastikan syarikat penerbangan itu kekal bertahan tetapi rundingan tersebut memakan masa "lebih lama dari yang dijangkakan", menurut satu memo kakitangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbincangan susun semula operasi MAS ambil masa lebih lama dari jangkaan

Gambar fail logo Malaysia Airlines. (Gambar: Greg Wood/AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 11:26PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 11:28PM

SINGAPURA: Syarikat induk Malaysia Airlines masih mengadakan rundingan dengan peminjam dan pemiutang berhubung rancangan penyusunan semula untuk memastikan syarikat penerbangan itu kekal bertahan tetapi rundingan tersebut memakan masa "lebih lama dari yang dijangkakan", menurut satu memo kakitangan yang dilihat oleh Reuters.

"Rundingan masih dijalankan dan mengambil masa lebih lama dari garis masa yang dirancang tetapi kami menerima tarikan menggalakkan daripada peminjam dan pemiutang sejauh ini," kata Izham Ismail, CEO Kumpulan Malaysia Airlines dan CEO Kumpulan firma induk Malaysia Aviatan Group, dalam satu memo kepada kakitangan pada 16 Okt.

Dalam respons kepada pertanyaan Reuters, Malaysia Aviatan Group yang dimiliki oleh dana kerajaan Khazanah, menyatakan dalam satu emel pada Sabtu (17 Okt) bahawa ia sedang "meneruskan perbincangan dengan pemiutang mengenai latihan penyusunan semulanya yang sedang dijalankan".

Syarikat penerbangan nasional Malaysia itu berusaha untuk menyusun semula perniagaannya setelah pandemik COVID-19 memaksanya mengurangkan operasi.

Dalam memo kepada kakitangan, Ismail meyakinkan mereka bahawa usaha penyusunan semula Malaysian Aviation Group "masih berjalan". 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan