Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perbincangan fasa kedua perjanjian dagangan AS-China sudah bermula

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence berkata perbincangan mengenai fasa kedua perjanjian dagangan Amerika-China sudah bermula.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbincangan fasa kedua perjanjian dagangan AS-China sudah bermula

(Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 04:37PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 04:40PM

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence berkata perbincangan mengenai fasa kedua perjanjian dagangan Amerika-China sudah bermula.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian fasa pertama, hampir dua tahun selepas konflik bermula antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

Beijing dan Washington menyifatkan perjanjian dagangan fasa pertama itu sebagai satu kemajuan selepas perbincangan berbulan-bulan lamanya.

Presiden Donald Trump mengalu-alukan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan bagi ekonomi Amerika dan dasar dagangan pentadbirannya.

Beliau berterima kasih kepada Presiden China Xi Jinping atas "satu kejayaan yang luar biasa" dan berjanji untuk melawat Beijing dalam masa terdekat.

Naib Perdana Menteri China Liu He berkata di bawah perjanjian fasa pertama itu syarikat-syarikat China komited untuk membeli barangan Amerika bernilai AS$2 bilion (s$2.69 bilion) tetapi bergantung pada keadaan pasaran.

Bagaimanapun cukai bernilai AS$360 bilion (S$484.80 bilion) yang dikenakan ke atas import China akan terus dikuatkuasakan.

Washington menyatakan tarif itu akan kekal sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya presiden November ini.

Isu-isu lebih rumit seperti skim subsidi perusahaan akan dibincangkan dalam fasa kedua rundingan dan ini menurut Washington, sudahpun bermula.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan