Images
  • hijab generic
    (Gambar fail: AFP)

Perbelanjaan sektor fesyen Muslim sedunia diramal cecah AS$311 bilion pada 2024

JAKARTA: Bank Indonesia (BI) meramalkan perbelanjaan penggunaan fesyen Muslim sejagat mencecah AS$311 bilion (S$421 bilion) pada 2024 berbanding AS$277 bilion (S$375 bilion) pada 2019, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pengarah BI Ekonomi dan Kewangan Syariah Bambang Himawan, seperti dipetik Agensi Berita Antara, berkata perbelanjaan sektor fesyen Muslim di Indonesia pada 2019 mencecah AS$16 juta (S$21 juta) dan merupakan antara lima negara teratas selepas Iran, Turki, Arab Saudi serta Pakistan.

Beliau berkata bank itu bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk meningkatkan lagi produk halal Indonesia, seperti fesyen Muslim, melalui pelbagai platform e-dagang. Ini termasuk dengan mengadakan pameran yang juga sebahagian daripada Festival Ekonomi Syariah Indonesia (ISEF) 2021 .

Beliau menambah fesyen Muslim sektor utama industri halal Indonesia berjaya menduduki tempat ketiga di dunia pada suku kedua 2021.

Beliau yakin Indonesia mampu untuk terus membangunkan industri halal yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran domestik malah juga di peringkat global.

Bahkan, kata beliau, makanan halal dan fesyen Muslim berupaya menjadi sektor utama yang mendorong pemulihan ekonomi negara.

- BERNAMA/FZ/fz

Top