Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perbelanjaan pelancong susut bagi suku pertama 2019

Perbelanjaan pelancong merosot pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama setahun lalu meskipun jumlah pelancong meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbelanjaan pelancong susut bagi suku pertama 2019

Gambar fail.

Diterbitkan : 05 Aug 2019 01:49PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 01:54PM

SINGAPURA: Perbelanjaan pelancong merosot pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama setahun lalu meskipun jumlah pelancong meningkat.

Demikian menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini (5 Ogos).

Jumlah pelawat antarabangsa tumbuh 1 peratus kepada 4.7 juta pengunjung berbanding setahun lalu. Para pelancong dari China (960,000), Indonesia (725,000), India (300,000), Malaysia (283,000) dan Australia (263,000) membentuk sebahagian besar pelancong dalam industri itu.

Dalam kalangan pasaran-pasaran utama itu, China mencatat pertumbuhan paling pesat, iaitu pada kadar 3 peratus. Sebaliknya, pertumbuhan dalam bilangan pelancong Indonesia paling lembab, iaitu turun 3 peratus.

Pendapatan pelancongan bagi tempoh yang sama jatuh 4.8 peratus kepada S$6.5 bilion.

Ini berlaku kerana para pelancong kurang berbelanja dalam sektor-sektor seperti beli-belah, penginapan, pariwisata serta makanan dan minuman.

Perbelanjaan untuk membeli-belah, makanan dan minuman, masing-masing keseluruhannya adalah S$1.37 bilion dan S$588 juta, iaitu kemerosotan 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Meskipun S$1.26 bilion dibelanjakan bagi penginapan, terdapat penurunan 12 peratus daripada tahun sebelumnya. Pendapatan rasmi hotel naik 4.3 peratus mencecah S$1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

China (S$1.093 bilion), Indonesia (S$732 juta) dan India (S$338 juta) adalah tiga pasaran paling lumayan, menyumbang kepada 34 peratus hasil pelancongan, tidak termasuk bagi segmen pariwisata, hiburan dan kasino.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan