Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perang dagangan semakin teruk ancam ekonomi dunia - G20

Para menteri kewangan dan gabenor bank pusat kumpulan G20 mengakui bahawa ketegangan perdagangan yang semakin hebat menimbulkan risiko terhadap ekonomi sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2019 06:59PM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 08:36PM

FUKUOKA: Para menteri kewangan dan gabenor bank pusat kumpulan G20 mengakui bahawa ketegangan perdagangan yang semakin hebat menimbulkan risiko terhadap ekonomi sejagat.

Setelah 30 jam berdebat dalam suasana yang dikatakan agak tegang, mereka dapat menghasilkan satu kenyataan bersama pada akhir mesyuarat dua hari di bandar Fukuoka, Jepun.

Mereka mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi dunia kekal rendah dan berisiko mengalami kemerosotan.

Namun mereka menegaskan sedia mengambil tindakan lebih lanjut, sekiranya perlu.

Selain soal ketegangan perdagangan terutamanya antara Amerika Syarikat dengan China, para menteri dan gabenor bank pusat G20 juga membincangkan isu-isu lain seperti cukai ke atas syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Google dan Facebook.

Mereka berikrar untuk menggandakan usaha bagi melakukan pembaharuan terhadap sistem cukai antarabangsa menjelang akhir tahun depan.

Buat pertama kalinya pula mesyuarat di Fukuoka turut membincangkan tentang cabaran-cabaran dan peluang ekonomi yang ditimbulkan oleh keadaan penduduk yang semakin menua.

Mereka menyarankan agar lebih ramai wanita dan warga tua digalakkan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Sehubungan dengan itu industri-industri perlu lebih mesra warga tua.

Sistem perbankan dan fiskal juga perlu diubah dengan mengambil kira keadaan penduduk yang semakin menua.

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan