Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perang dagang Trump jadi realiti dengan tarif barangan China dikuatkuasakan

Selepas berbulan-bulan mengeluarkan ancaman, Amerika Syarikat bakal menguatkuasakan tarif bernilai berpuluh bilion dolar ke atas barangan China pada 12.01 tengah malam Jumaat (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Perang dagang Trump jadi realiti dengan tarif barangan China dikuatkuasakan

Pekerja di sebuah kilang besi di China (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jul 2018 04:26PM Dikemas Kini : 05 Jul 2018 04:33PM

WASHINGTON: Selepas berbulan-bulan mengeluarkan ancaman dan harapan mengelakkan perang perdagangan semakin pudar, Amerika Syarikat bakal menguatkuasakan tarif bernilai berpuluh bilion dolar ke atas barangan China pada 12.01 tengah malam Jumaat (6 Jul).

China sudah mengumumkan bahawa ia akan bertindak balas manakala Presiden Donald Trump pula mengancam untuk menggandakan penalti Amerika Syarikat sehingga AS$450 bilion (S$613 bilion) nilai barangan, iaitu sebahagian besar daripada keseluruhan eksport China ke Amerika Syarikat.

Pertikaian perdagangan global yang semakin meningkat sudah menjejas ekonomi, dengan cukai punitif kini dilaksanakan ke atas keluli dan aluminium, dan Rumah Putih juga mengancam mengenakan cukai pada import kenderaan.

Harga semakin meningkat, terutamanya untuk keluli dan aluminium, dan syarikat-syarikat berasa kurang yakin untuk melabur atau merancang untuk memindahkan pengeluaran ke luar negara untuk mengelak tindak balas terhadap barangan eksport Amerika Syarikat.

Menurut Trump, langkah-langkah itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada syarikat-syarikat Amerika, yang katanya akan menjadi lebih berdaya saing.

Bagaimanapun bagi firma seperti Mid-Continent Nail Corporation di Missouri, pengeluar paku terbesar di Amerika Syarikat, harga keluli yang semakin meningkat mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan mengancam untuk memaksa syarikat itu menutup operasi.

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan