Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan runcit S'pura naik 6.2% pada Mac

Perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi mendorong penjualan runcit pada Mac, yang naik 6.2 peratus berbanding setahun lalu. Ia menyusuli peningkatan 5.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2021 04:08PM Dikemas Kini : 05 May 2021 09:16PM

SINGAPURA: Perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi mendorong penjualan runcit pada Mac, yang naik 6.2 peratus berbanding setahun lalu. Ia menyusuli peningkatan 5.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Penjualan runcit berkembang bagi kebanyakan sektor berbanding Februari.

Penjualan barangan mewah seperti kenderaan bermotor, pakaian dan barang kemas bertambah rancak.

Perbelanjaan domestik lebih tinggi disebabkan larangan perjalanan yang masih berkuat kuasa.

Namun, penjualan perabot dan perkakas rumah merosot lebih enam peratus.

Ini kerana lebih ramai penduduk kembali ke tempat kerja pada bulan lalu.

Sekitar 10 peratus daripada penjualan runcit terdiri daripada pembelian online.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan