Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan runcit di S'pura susut 10 bulan berturut-turut

Penjualan runcit di Singapura terus susut buat 10 bulan berturut-turut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan runcit di S'pura susut 10 bulan berturut-turut

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2020 08:29PM Dikemas Kini : 11 Jan 2020 01:27AM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura terus susut buat 10 bulan berturut-turut.

Data terkini menunjukkan penjualan pada November jatuh empat peratus berbanding tahun lalu.

Penjualan kenderaan mengalami kemerosotan paling ketara pada November iaitu sebanyak 22.4 peratus.

Penjualan perabot dan peralatan rumah pula jatuh 11 peratus, disusuli dengan penjualan pasar raya yang turun 8.4 peratus.

Penjualan bagi khidmat makanan dan minuman bagaimanapun kekal kukuh.

Penjualan pada November keseluruhannya adalah $3.6 bilion - dengan penjualan menerusi wadah online membentuk 8 peratus jumlah itu.

SingStat menyatakan pembelian online dipacu acara-acara seperti 'Singles' Day', 'Black Friday' dan 'Cyber Monday'. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan