Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan rumah privet cecah paras tertinggi pada Julai dengan pelancaran One Pearl Bank

Penjualan rumah privet baru mencecah paras tertinggi pada Julai tahun ini, sedang lebih ramai pembeli kembali ke pasaran selepas cuti sekolah bulan Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan rumah privet cecah paras tertinggi pada Julai dengan pelancaran One Pearl Bank

Ilustrasi bangunan kediaman One Pearl Bank. (Gambar: CapitaLand)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 10:51PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 11:01PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru mencecah paras tertinggi pada Julai tahun ini, sedang lebih ramai pembeli kembali ke pasaran selepas cuti sekolah bulan Jun.

Ia juga dirangsang oleh para pemaju hartanah yang berlumba-lumba melancarkan projek masing-masing sebelum ketibaan Bulan Hantu.

Sejumlah 1,178 rumah privet baru kecuali kondominium eksekutif (EC) dijual pada Julai - iaitu jumlah urus niaga tertinggi bagi tahun ini sehingga setakat ini.

Jumlah rumah privet baru itu melonjak 43.5 peratus berbanding 821 unit pada Jun lalu tetapi rendah sedikit berbanding peningkatan 31.2 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Ini apabila para pembeli dengan pantas berebut untuk membeli hartanah sehari sebelum langkah meredakan pasaran hartanah yang baru dikuatkuasakan.

Piermont Grand di Punggol iaitu EC pertama yang dijual di Singapura tahun ini, juga dilancarkan pada bulan lalu.

Secara keseluruhannya, lima kondominium privet yang baru dilancarkan pada bulan lalu: Dunearn 386, Haus On Handy, Jervois Treasures, One Pearl Bank dan View At Kismis.

Kelima-lima kondominium itu menyumbang sebanyak 441 unit, atau 48.5 peratus, daripada rumah-rumah privet yang dilancarkan (kecuali EC) pada Julai.

Bagi pasaran bukan EC, One Pearl Bank mendahului penjualan dengan sebanyak 197 unit, selepas dua projek pasaran umum dilancarkan pada awal tahun ini.

Kedua-dua pembangunan itu masing-masing menjual lebih 100 unit.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), 82 unit atau 7.1 peratus daripada rumah tanpa halaman yang baru dibeli oleh warga asing pada bulan lalu - iaitu lebih tinggi berbanding purata 39 unit yang dijual setiap tahun, menurut analisis yang dijalankan oleh OrangeTee.

"Ketidaktentuan ekonomi global yang kian meningkat mungkin menyaksikan lebih ramai pelabur membuat pelaburan di sini memandangkan pasaran pelaburan Singapura dikenali sebagai destinasi yang selamat dan stabil untuk melindungi dan menaikkkan nilai modal," kata Ketua Penyelidikan dan Runding Cara OrangeTee, Christine Sun. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan